Wednesday, January 24, 2007

Gunung Berhid, Mount Berhid

Gunung Berhid 6,334 ft (1930M) terletak di Gua Musang Kelantan.

Selepas mengikuti penjelajahan bersama2 peneroka gunung terkenal umai, idan, epul, nije dan beberapa krew lagi termasuk aku, merevolusi hutan di gua musang bersebelahan sempadan pahang-kelantan. Terletaknya gunung yang sunyi dari pendaki iaitu Gunung Berhid yang kongsi banjaran bersama Gunung Aler.

Kali ini selepas persetujuan rakan2 pendaki, diberi peluang untuk memperkenalkan Berhid ini kepada umum dikalangan pendaki. Munkin cara penyampaian periklanan ini agak terkeliru, tapi ianya boleh di susun semula. Seramai 10 orang peserta bersetuju untuk bersama2 mencapaikan hajat menakluk Berhid ini dalam masa 2 hari pergi dan balik.

Pada awalnya, munkin ini agak sukar untuk dijayakan. InsyaAllah, berkat ikhtiar dan semangat setiakawan, berjaya jua akhirnya keluar dan masuk dalam masa 2 hari. Walaupun terpaksa meredah keheningan malam dalam keadaan hujan dan berkabus. Perjalanan yang agak panjang dan lama, mengoyakkan mental setiap peserta.

Pada seawal 3 pagi kami sudah tiba di surau Kg. Raja dan melabuhkan diri untuk recharge energy untuk diperah keesokan harinya. "Penantian satu penyiksaan" ungkapan yg nagetif terpaksa dipakai ketika menunggu sebuah lagi kenderaan dengan 4 orang peserta. Jam 9 pagi baru lah munculnya kenderaan proton wira tu. Selepas sarapan dan packing, 4WD sudah lama menunggu. ".. bang cepat sikit, saya ada kerja lagi di Ipoh..." sekali drebar sudah sound kelamkabut semua.

Setiba di pos brook jam menunjukan 10.30 pagi, terdetik jua dalam hati saya "... mmmm sempat ke ni sampai kalau macam gini lah timing nya.. takpe kita cuba dulu.. lihat ape yg akan berlaku lagi selepas ini " sambil memujuk hati ini.

Selepas negotiate dengan Pak Tapa orang Asli yang berkampung di jalan masuk ke pintu rimba untuk mendapatkan seorang pemandu arah actually Pak Tapa seorang saja yang pernah pergi, jadi memang sepatutnye dialah yang mengikut kami. Pak Tapa memberi alas an bahawa dia sedang sakit2 sendi tangan dan kaki. Maklum lah orang sudah berumur, macam2 sakit timbul. Pak Tapa mencadangkan supaya mengambil seorang dari anak buahnya, jadi bayarannya tetap sama. “Ya lah Pak Tapa, suka hati kamu lah..” aku dah kesuntukan masa.

“ Man! Kamu ikut aku tau, kamu duduk depan, nanti aku tunjuk jalan” aku mengambil Man untuk xpdc kali ini. Orang muda yang masih kuat dan pantas, walaupun dia tak pernah sampai dia tetap mahu ikut. “ Kamu jalan terus sampai campsite yg pertama, baru kita makan… selagi tak sampai jangan makan lagi “ penerangan aku pada Man. “Baiklah, skarang sudah hamper jam 12 tengahari, baik mula sekarang, nanti lambat makan.”

Jam 4 petang aku dan team pertama sampai di first campsite. Muka tonyok masing2 terserlah sebab kepenatan dan belum lagi lunch. Separuh ration untuk lunch pada orang belakang yang tak sampai2 lagi setelah aku tunggu hampir sejam. Apalagi, nak tak nak terpaksa jugak lah masak mee goreng tanpa minyak hanya menggunakan perencah adabi sahaja.

Setelah selesai makan pada jam 5 pm, satu lagi problem timbul. 2 orang kudiz yang mulanya sentiasa riang bersuka ria menjadi monyok macam cipan takde gigi daa... menyatakan hasrat untuk bermalam di campsite agas sahaja. Nampaknya perpecahan berlaku, akibat dari itu 1 mesyuarat kecil diadakan. Setelah persetujuan, 4 orang peserta akan tinggal di campsite agas, dan selebihnya akan meneruskan perjuangan.

Pada jam 6 lebih petang, kami segera bergerak ke last water point. Estimation aku lebih kurang 2 jam tentu sampai. Jangkaan aku nampaknye kureng tepat kerana kami sampai ngam2 waktu magrib. So, kami akan take 5 di situ sehingga jam 8 pm. Di L.W.P satu tragedi berlaku, speck mata Tashi terjatuh ke sungai setelah pagi tadi topi kesayangannya terbang semasa 4WD meluncur laju.

“8 pm, gerak! gerak! ... nanti dinner lambat.... “ aku teriak. Setelah selesai di L.W.P trek yang menduga mental terjadi. Kecanakkannye sungguh ketara. Dalam pengiraan aku, kami akan mendaki selama 3 jam untuk ke campsite anak berhid. Maka bermulalah adengan pendakian sebenar. “ takpe sid, u jalan dulu.. biar i cover chot” uncle Lim mengofferkan diri. Aku segera menjejak group depan.

Setelah mendaki selama 1 jam, mereka take 5 dan menunggu uncle Lim dan Chot. Setengah jam berlalu, kemunculan mereka tidak kelihatan. Tiba2 dalam kekabusan malam yang dingin, aku terkezut. Kerana terasa sangat sejuk yang extreme menyerap sehingga ke tulang. “ ah... tak boleh jadi ni... geng! kite kene gerak dulu sampai campsite, tak boleh tunggu sini... aku dah tak boleh tahan dah sejuk sangat.. hipotermia aku nanti.” Aku dah tak boleh tahan sejuk, dalam hujan, berkabus, berangin.. perghhh lengkap semua ada.

Disebabkan Chot akan menempuh penderitaan yang panjang maka kami pun menukar plan A ke plan B. Kami akan campsite di campsite jiwa untuk memendekkan penderitaan chot. Kami segera bergerak pada jam 9.30 pm untuk ke campsite jiwa. Kami tiba hampir jam 10 malam di campsite jiwa. Apalagi setup campsite, masak, rest, sambil menunggu uncle Lim dan Chot. Lebih kurang jam 11 lebih mereka tiba dengan selamat. Caya lah Chot, thanks lah uncle Lim take good care of him.

Makan lah apalagi, borak2 ringan, tidorrrr.... masing2 exhausted and need for recovery back our body cos tomorrow there is long journey menanti untuk kami sampai ke rumah masing2. “Man! Kamu tidor dalam buai ya, tak muat 8 orang kat sini” sib baik aku bawak hammock skali.

Huh.... 9 pagi dah, makanan disediakan oleh Haidar Catering ... he...he..he.. makan nasi goreng ayam kicap bersama lada 3 biji. Jam 10 pagi mereka bergerak ke puncak sambil bawa kamera dan air sahaja. Unfortunately, ku sangka panas hingga ke petang... rupanya hujan di tengahari, itulah ungkapan yang sesuai kepada xpdc kali ini. Keadaan hujan berkabus menghalang penglihatan untuk meratapi keindahan banjaran2 yang dicipta oleh yang Maha Esa untuk kita menghayati bersama. Keindahan puncak2 Yong Yap, Bubu, Tok Nenek, Kayung, walaupun cuma beberapa kilometer bersebelahan tidak dapat di saksikan. Nampaknye bukan rezeki kami kali ini untuk menjamah mata. Beberapa keping gambar diambil untuk mengabdikan kenangan di puncak berhid.

Jam menunjukkan 12 lebih. “cepat cepat... kita kemas terus gerak ke campsite agas, kita dah tak banyak masa lagi.” Lebih kurang jam 1 petang kami turun ke campsite agas dan tiba 2.30 petang. Lunch kami telah disedikan oleh peserta yang tinggal di situ, sandwich sardin beserta milo tarik. “ geng!... 3.30 kita mesti gerak. 4wd dah janji pukul 6 petang”.

Kami tiba di perkarangan rumah Pak Tapa jam 6 petang, uncle Lim menawarkan diri untuk terus ke jambatan besi mendapatkan 4wd yang sedang tunggu. Aku pastikan semua peserta telah melepasi jambatan kayu supaya tiada lagi yang tertinggal. Setelah mengucapkan selamat tinggal kepada Man dan Pak Tapa, aku pon gerak untuk keluar. Sungguh tak ku sangka, cempedak bukan jadi nangka, tapi cempedak dah siap cempedak goreng tunggu makan je... uncle Lim masuk semula bersama 4wd lebih kurang 3 suku trek balak... seronot nye aku. Geng2 lain semua sudah kelihatan cheria, sedang kan tadi semuanye monyok jer.

Kami tiba di Kg. Raja pada jam 8 malam, dan setelah selesai mengemas kami gerak ke destinasi seterusnye iaitu R&R Tapah untuk makan. Semuanya selamat tiba ke rumah masing2 walaupun ada insiden kecil, namun kami hadapi bersama.

Ucapan Tahniah dan Terima Kasih yg ikhlas dari aku kepada peserta yang mengikuti xpdc kali ini. Mohon maaf keatas kekurangan yang berlaku sepanjang xpdc ini. Terima kasih juga kepada Ahli-Ahli Peneroka Gunung yang telah membuka jalan untuk kami gunakan bersama.

Majulah Pendaki, Untuk Berbakti